Friday, 10 June 2016

Terbang Menuju ke Jeddah, Madinah.

Assalammualaikum semua

Salam Ramadan Mubarak. AllahuAkbar! Alhamdullillah, masih diberi peluang untuk berpuasa tahun ini. Hargailah setiap detik dan saat kita. Banyakkan berdoa dan berzikir. InsyaAllah, Allah pasti akan memberikan keajaibanNya untuk kita semua.

Kisah kali ini adalah kisah saya terbang menuju ke Madinah bersama Abah saya dan rakan-rakan jemaah yang lain. Masa ini, nak naik kapal terbang takut pun ada, risau pun ada. Banyak kali jugak lah saya berbicara dalam hati. ' Betul ke aku ni, betul ke nak pergi umrah ni, betul ke itu, betul ke ini, eh macam tak percayalah...

'Last' sekali saya naik kapal terbang pada tahun 2000 pergi ke Sarawak. Waktu tu belajar di UiTM Perlis. Saya wakil UiTM Perlis dalam bola tampar. Bersama sahabat baik susah senang saya Puan Rusni Zakaria.

Cuma kali ini, perjalanannya agak jauh dan masa yang panjang. Sebelum naik kapal terbang ada taklimat terakhir sikit daripada agensi. 





Bila nak 'check in' saja, Afeef anak saya dah mula menangis. Aduhai, sabarlah wahai hati. Yang Si kecil pula, tahu melambai...babai ibu... 

Dah check in pun tapi masih belum boleh naik kapal terbang. Kena tunggu beberapa minit. Sejam jugaklah tunggu sebab check in awal.
Masa ni, abah macam letih ajer. Pastu, teringat kat arwah isterinya. Buat pertama kali abah berjauhan dengan arwah mak. Merentasi laut. Waktu begini patutnya abah tengah tidur. Yelah, pukul 1pagi.


Nak masuk dalam kapal terbang pun kena berbaris. Kena bawa bersabar dan sudah mula Langkah yang baru. AllahuAkhbar. Kena mula banyak bersabar bila dah naik kapal terbang. Setiap kali pesan kat abah. Minta abah zikir. Lafaz ayat yang baik-baik sahaja. Abah pun faham.





Alhamdullillah, dah naik kapal terbang. Abah pertama kali naik kapal terbang. Kalau ada arwah mak, ini kali kedualah arwah mak naik kapal terbang.















Sempat jugak berselfie gambar dalam kapal terbang. Saya anak abah dan mak. Ada orang kata saya muka abah, ada kata bila buka cermin mata macam muka arwah mak. 

Lihat! Matahari nak terbit. Cantikkan.





Cantik sangat-sangat. AllahuAkhbar. Indahnya ciptaan Allah.









Lagi beberapa jam sampailah. Abah pun dah letih. Lama duduk dalam kapal terbang.


 Lihat! Nampak bangunan kat bawah.










SubhanAllah AllahuAkhbar. Saya sampai Jeddah jugak akhirnya. Alhamdullillah.
Turun kapal terbang, mulut dah mula berzikir. Doa yang baik-baik. Semoga dipermudahkan semuanya.


Muka Original. Tak make up apa. Masa ini, kena tunggu. Nak check in Jeddah. Nak kata lama, tak lama pun. Kejap jugak. 
Dapat kawan baru. Sangat baik tau dan suka membantu abah masa kat sini. Alhamdullillah, ada yang sudi membantu. Abah Nak beratur panjang sangat. So, abah duduk. Baik petugas di sini. Nampak abah terus dipanggil untuk check in. Syukur alhamdullillah. 


Ini suasana di lapangan terbang Jeddah. Tapi, di kawasan luar. Tengah tunggu bas nak pergi Madinah. Ku sanggakan sekejap. Rupanya perjalanannya 8 jam lagi. AllahuAkhbar. Bayangkan Rasullullah kita, menaiki unta, berjalan di padang pasir. Meredah gunung berpasir, ribut pasit. AllahuAkhbar. Kita sekarang ni, banyak mengeluh. Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini.

Bas dah ada, cuma tunggu nak naik aje. 

Mutawwif pesan naik bas no 2 AK 4 FEB. Duduk tempat yang sama. 


Ini Mutawwif yang sangat-sangat baik.Ustaz Mohd Syafiq Bin Hashim. Sangat berpengalaman. Selalu berzikir dan menemani jemaah umrah dalam bas. Apa jua yang berlaku, mesti rujuk dia dulu.


Ini gambar pokok yang berada di luar kawasan lapangan terbang. Saja saya tangkap. Nak lihat kehidupan apa yang ada di sini. Banyak pokok macam ini. Saya pun tak tahu pokok apa.

Ini highway yang tengah buat sepanjang nak keluar dari kawasan lapangan terbang.

Ini pulak view RnR. Bukan macam RnR kita ya. Angin dia memang kuat. Kalau pakai tudung singkat dan tak tebal boleh terbang tudung tu. Kena pakai tudung yang elok bila datang sini. Terima kasih By Azmila Ahmad dan By Sarah Ahmad.

Kedai sini tutup hari ini. Katanya sebab ribut kuat. Tapi, angin nya memang kuat sini.
 Yang ini ala-ala Starbucks la. Tapi, saya tak cuba pun. Angin kuat menjadikan signboard ni bergoyang jugak. Macam nak jatuh je. Takut saya.




Saja tangkap gambar kereta kat sini. Nak tengok kereta apa yang diguna di sini. Mewah jugak kereta-kereta di sini. Ini Miqat Qadli kalau tak silap sayalah.

Keadaan gurun, gunung, angin ribut yang kuat, berpasir, keadaan bas yang bergoyang-goyang sebab pemandu bas nak melawan angin yang kuat semasa memandu memang sangat mencabar. Yang penting, waktu ini berzikirlah, berdoalah, semoga semua di permudahkan. Dalam bas, saya sudah mula buka kertas, membaca doa yang dikirim oleh ahli keluarga, saudara-mara dan juga sahabat-sahabat. Bibir sudah mula sentiasa zikir dan sentiasa doa. Berdoa selagi boleh berdoa kerana saya sudah sampai di sini. InsyaAllah. Semoga doa dimakbulkan oleh Allah.




Monday, 16 May 2016

Hari Yang Ditunggu Telah Tiba...

Alhamdullillah...

Hari yang ditunggu telah tiba. Ya Allah, masa ini hanya Allah sahaja yang faham perasaan saya.
Hari terakhir pun saya masih mengemas beg. Punyalah panik, entahlah...Waktu ini hati ini tak tahu macam mana nak digambarkan.

Tapi, saya tetap 'COOL'...

Dalam perjalanan dari rumah abang saya ke Proton Edar Shah Alam, sempat jugaklah berposing dalam kereta.

Alhamdullillah, ini semua rezeki dari Allah. Terima kasih kak Azmila Ahmad kerana menghadiahkan saya tudung ini. Cantik sangat-sangat. Selesa dan Mudah Solat. Itu yang penting. Pandai Kak Azmila carikan tudung untuk saya. Jenama By Sarah Ahmad. (Promote Sikit!)


 Bawah ini gambar masa tengah kursus umrah terakhir sebelum naik bas ke KLIA2. Masa ini baru lepas nangis rasanya sebab saya teringatkan arwah mak. Pantang je ada yang menegur dan semua bertanya mana bonda saya, saya mesti menangis...


























Sementara saya berkursus umrah terakhir di Proton Edar Shah Alam, anak-anak saya menunggu di rumah abang saya di Kota Damansara.




Suami saya 'Wassup' gambar-gambar mereka berdua di rumah. Rindu sudah mula menebal walaupun belum naik kapal terbang. Memang sayang sangat-sangat.

Bawah ini gambar saya dan abah sebelum naik bas ke KLIA2. 


Sampai sahaja di KLIA2 lagilah goyang kaki ini. Bertanya diri sendiri, mimpi ke betul ni? AllahuAkhbar!

Sementara menunggu VISA dan check in beg semua, kami sekeluarga makan dulu. Masa ini, anak-anak masih tidak menangis lagi. Mereka ingat saya bawa mereka berjalan-jalan di KLIA2. 

Padahal, saya akan pergi jauh dari mereka. Meninggalkan mereka bersama abah mereka, beribu-ribu jauh km dan tidak pasti akan kembali atau tidak. Ya, semuanya kerana Allah, untuk arwah bonda, diri dan ahli keluarga.

Akhirnya, Alhamdullillah...VISA dan 'boarding pas' sudah berada di tangan saya.


Ini gambar lepas menangis masa tangkap gambar buat VISA. Tanpa makeup. Baru saya sedari, saya sudah tua...





Selesai taklimat pendek dan penyerahan VISA, kami bergambar sekeluarga. Itulah keluarga kecil saya. Kakak ipar saya yang nombor dua dan anak-anaknya tidak dapat hadir. Tetapi, tetap bertanyakan khabar melalui 'Wassup' sepanjang hari. Terima kasih Nyah Izan...

Ini, siapa lagi...My Lovely Husband. Mazlisham...Terima kasih abang, terima kasih izinkan saya pergi...Terima kasih abang...

 Habis bergambar, nak masuk check in je terus Afeef mula menangis. Masa ini, Allah sahaja yang faham perasaan saya. Tapi, hati ini kuat untuk saya teruskan perjalanan ini. Maisarah cuma pandai 'Babai Ibu'. Dia masih kecil dan tidak mengerti...Melambai sehingga kelibat mereka perlahan-lahan jauh dan hilang dari pandangan mata saya.

Maka bermulalah... Episod baru di dalam kehidupan saya.













Rezeki yang tidak disangka-sangka...

Assalammualaikum semua...

Rindu pada arwah mak saya. Rindu sangat-sangat. 

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA. 
Setiap kali selepas solat, salah satu doa yang dipohon kepadaNya adalah saya mengharapkan keajaiban berlaku. Inilah antara keajaibanNya dan rezeki yang tidak disangka-sangka.


Selepas mak meninggal dunia, saya mula terfikir siapakah yang akan menemani abah untuk mengerjakan umrah? Abah saya pada mulanya tidak mahu pergi, seolah berputus asa kerana insan yang dicintai telah pergi dan tidak akan kembali lagi.

Abang sulung saya, Alias telah memaklumkan kematian ibu saya pada pihak yang menguruskan umrah tersebut. Keputusannya, perlu ada pengganti. Semua pembayaran telah dibuat oleh abang saya, cuma perlu ada pengganti. Apabila diajukan soalan kepada saya untuk pergi mengerjakan umrah bersama abah, saya agak terkejut dan tidak pernah terlintas difikiran untuk diajukan soalan sedemikan rupa. Jawapan saya sudah pasti Ya, tetapi perlu mendapatkan persetujuan daripada suami saya. 

Alhamdullillah, suami membenarkan saya pergi menunaikan umrah. Bagaikan mimpi di siang hari kerana saya akan menjejakkan kaki di bumi dan tempat yang paling suci. Allahuakhbar! 

Dan...abah kembali bersemangat kerana saya yang akan menemaninya di sana nanti. 

Langkah Pertama : Saya Minta Cuti dari Majikan. Alhamdullillah, cuti diluluskan serta merta.
Langkah Kedua : Buat passport, RM100.00
Langkah Ketiga : Suntikan ACYW, RM 165.00
Langkah Keempat : 4 keping gambar Ukuran passport, RM10.00
Langkah Kelima : Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran.
Langkah Keenam : Kursus Umrah

Rezeki dari Allah dan terima kasih pada yang memberi. Bermula dari  Langkah Kedua hingga Langkah Keempat, semuanya adalah hasil sumbangan daripada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat. Alhamdullillah, semuanya telah disiapkan dalam masa 1/2 hari. 


Kesemua ini adalah wajib dan perlu dihantar kepada pihak yang menguruskan umrah. Pakej umrah ini adalah Andalusia Travel & Tours dan dikendalikan oleh Kelab Sukan Proton Edar Sdn Bhd. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zamri Bin Mohammad dan Ustaz Mohd Faizal dari Kelab Sukan Proton Edar kerana membantu menguruskan permohonan umrah saya ini.

Tinggal lagi 14 hari untuk menguruskan VISA saya dan saya sangat-sangat takut jika VISA saya tidak diluluskan. Bermacam-macam yang saya fikir, bagaiman keadaan abah jika dia keseorangan di sana? Siapa yang hendak membantu abah sepanjang umrah? AllahuAkhbar, luluskan lah passport ku Ya Allah...

Kursus Umrah

Abah tiba awal kerana hendak menghadiri kursus umrah yang terakhir sebelum berangkat pergi menunaikan umrah. Sayu hati bila tengok gambar abah. Datang ke Kuala Lumpur seorang diri. Selalunya berteman, tetapi kali ini datang keseorangan. Abah datang naik ETS. Cepat dan mudah, hanya 2 jam sahaja sudah sampai. Turunnya di Rawang. Gambar sebelah tu, abang saya yang kedua, Zulkifli namanya. Tiba-tiba, saya bercakap seorang diri. Alhamdullillah...nama yang mak dan abah berikan kepada saya dan abang-abang saya adalah nama-nama yang indah. Abang sulung namanya Alias, Abang kedua Zulkifli dan saya Mariam. Lepas tu saya berfikir kembali, Nama Abah Khalid dan nama mak Aishah. Allahuakhbar! Indahnya datang dari Allah...




Semasa arwah mak datang berkursus umrah bersama abah, saya, suami dan anak-anak yang menemaninya. Sambil menyelam minum air, saya dapat ilmu. Tapi, kali ini kursus umrah saya pergi bersama abah saya. Suami dan anak-anak penguat semangat saya. Sepanjang kursus, ramai yang bertanya, perginya bila? dengan siapa? mana maknya? Soalan berulang kali dan setiap kali jawapannya pasti sekali dengan deraian air mata. Salam takziah dan hadiahkan Al-Fatihah untuk mak selalu, pesan makcik-makcik yang sedang berkursus.


Cuba teka, siapa gambar di atas ini bersama anak-anak saya? Inilah Dato' Ustaz Haji Md Daud Che Ngah. Memang terbaik kursus umrah. Jelas! Sebarang kemusykilan boleh diajukan terus. 

Hari semakin dekat dan saya semakin berdebar. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya bertanyakan kepada Ustaz Zamri berkenaan VISA saya sama ada telah diluluskan atau tidak? Saya risaukan abah saya jika dia pergi seorang diri. Kakinya sakit dan tidak kuat untuk berjalan jauh.

Siapa yang hendak membantunya untuk membuat umrah untuk tawaf mengelilingi Kaabah dan Saie?
Siapa yang hendak menemaninya ke Masjid?
Siapa yang hendak menguruskan pakaiannya di sana nanti?
Siapa yang hendak basuh baju, seluar?
Siapa yang hendak membantunya mengangkat beg yang besar?
Siapa yang akan susun beg pakaian di sana nanti?
Siapa yang akan membantu menguruskan makan minumnya nanti?
Ya Allah, bantulah aku. Luluskan lah VISA aku.

Hanya Allah saja yang tahu apa yang saya fikirkan, apa yang saya risaukan. Permudahkanlah segalanya Ya Allah...








Wednesday, 23 March 2016

Sayang Mak dan Abah Saya...Umrah Untuk Mak...

Assalammualaikum,

Lamanya saya tak menulis diruangan blog saya. Sangat sibuk hujung-hujung tahun 2015 dan awal-awal tahun 2016.

Ada cerita nak kongsi dengan anda semua. Saya nak perkenalkan ini Mak saya. Namanya Aishah. Nama Abah Khalid.Alhamdullillah, mak dan abah dapat khabar berita gembira pada bulan 10/2015 sebab mak dan abah akan pergi menunaikan umrah pada Bulan Februari 2016.Gembira sangat-sangat.Syukur alhamdullillah.

Abang saya Alias daftarkan pakej umrah untuk abah dan mak saya dengan Kelab Sukan Proton Edar Shah Alam. Pakej umrah tersebut di bawah Andalusia Travel And Tours. Memang terkenal agensi ini.

Mak dan abah datang KL naik ETS. Keretapi yang laju tu. Murah aje sebab warga emas. 2 jam sahaja dah sampai. Seronok sangat Afeef dan Maisarah sebab Atok dan Opahnya nak datang sini. 


Langkah pertama saya minta abah dan mak datang sini buat Passport, cucuk vaksin dan tangkap gambar untuk VISA. Itu dokumen penting untuk diserahkan pada agensi. Dokumen tambahan seperti surat nikah dan juga salinan kad pengenalan. Dalam masa setengah hari sahaja sudah siap semuanya.

Passport buat di Imigresen Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. Suami saya yang tolong bawakan mak dan abah. Sekejap sahaja sebab warga emas diberi keutamaan. Tunggu sejam sambil tu pergi sarapan dulu dan tangkap gambar untuk VISA. Siap buat passport, suami saya bawa mak dan abah pergi ambil suntikan vaksin di Klinik Idzham Medan Idaman, Gombak, Kuala Lumpur. Stok vaksin di klinik ini banyak dan bayaran RM 170.00 sahaja. Ada juga tempat-tempat lain yang murah sedikit tapi tiada stok. Apa yang penting, semuanya sudah siap.


 Comel sangat-sangat bila tengok gambar abah dan mak. Rasa terharu pun ada, gembira pun ada.

Untuk kursus yang pertama ini pada 21.11.2015 hari Sabtu dibuat di Proton Shah Alam. Abang saya Alias dan kakak ipar saya temankan mak dan abah kursus di sini .



Atas ni gambar ramai-ramai selepas habis training umrah. Training umrah ini sekali je di proton. Kalau nak training lagi boleh pergi HQ Andalusia Travel & Tours di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur setiap Sabtu dan Ahad daripada pukul 9.00pagi sehingga pukul 1.00 tengahari. Percuma untuk yang telah mendaftar.

Ini beg-beg yang Andalusia sediakan. Ada 3 beg setiap seorang Jemaah. Kualiti beg sangat bagus. 


Abah dan mak setiap dua minggu sekali akan datang KL untuk training umrah. Saya dan suami serta anak-anak yang temankan abah dan mak. Anak yang sulung ikut abah dan atuknya di tingkat 2. Saya dan anak perempuan ikut opah di tingkat 1. Sambil menyelam minum air, dapat ilmu dan 'feel' nak pergi umrah. Mana tahukan, rezeki datang dari Allah. Entah-entah tahun depan saya yang pergi umrah pula.

Habis training umrah saya bawa abah dan mak pergi makan tengahari kat Restoran kari kepala ikan Kg.Atap. Kami tak makan pun kari kepala ikannya. Makan nasi kandar pun dah kenyang. Makanan yang lain pun sedap jugak. Tengok gambar bawah ini. Comelkan abah dan mak. Siap pegang tangan lagi tu. Romantiknya. 


Selalu bila abah dan mak datang sini, saya mesti bawa abah dan mak makan di Restoran Jaguh di Selayang Indah. Kedai orang Kelantan. Sedap Dan Murah. Siapa yang suka makan tu, WAJIB datang ke restoran ini. Minta maaf sangat-sangat sebab tak ambil gambar restoran Jaguh tu. Terlupa!Tapi, kalau tanya orang Selayang, sebut aje nama Jaguh mesti tahulah!Abah dan mak suka makan di Restoran Jaguh ini. Katanya sedap. Memang kena dengan seleranya.

Abah dan mak datang training umrah pada hujung bulan November dan Disember 2015. Tiba-tiba, mak saya masuk hospital hari Tahun Baru 1 Januari 2016. Risau jugak dengan kesihatan mak. Mak nak pergi umrah lagi sebulan sahaja. Last day masuk hospital tahun lepas Bulan August 2015 sebab tak cukup darah. 2 beg jugak la kena masuk. Selalunya, bila dah masuk darah mak akan sihat dan aktif semula. Cuma kali ini, dah masuk 1 beg darah tapi dia macam tak seperti dulu. Tak secergas dulu.


Saya berdoa dan berharap mak cepat sembuh dan dapat mengerjakan umrah. Saya sayang mak saya sangat-sangat. Mak adalah segala-galanya. 

Alhamdullillah, mak sihat dan sudah keluar dari hospital selepas 3 hari. Kenduri doa bacaan yassin dan doa selamat diadakan pada 16.1.2016 hari sabtu. Lega rasanya bila kenduri doa baca yassin dan doa selamat sudah dibuat. Cuma pada hari tersebut, mak baring je atas katil. Letih, sakit, tak larat dan tak bermaya. Katanya, dia nak rehat dan nak tidur. Saya mula risau sepanjang hari tu. 

Makin lama tidak boleh dibiarkan, sebab mak tak lalu nak makan. Makan 5 suap, minum air, makan ubat. Tak boleh jadi kalau macam ini. Saya, abang saya dan abah bawa juga mak ke hospital pada hari kenduri sebelah petangnya. Saya dah tak sanggup tengok mak asyik tidur, mengadu sakit perut dan tak larat makan. Pergi hospital ambil darah dan ujian kencing tidak menunjukkan apa-apa. Hospital benarkan mak saya pulang. 

Lega rasanya bila mak dah ok sikit tapi... berat hati saya nak tinggalkan dia di Perak kerana saya perlu balik ke KL. Sedihnya tinggalkan mak dan abah.

Hari Selasa 19.1.2016 saya telefon mak saya untuk bertanya khabar. Tapi, abah yang jawab. Abah kata perlu bawa mak ke hospital sebab malam dia tak boleh nak tidur. Asyik sakit dan disuruh urut. Saya terus telefon abang saya Zulkifli untuk bawa mak ke hospital.

Mak dipindahkan ke Hospital Manjung pada tengaharinya. Saya hubungi Hospital Batu Gajah . Mak dipindahkan ke sana kerana di Hospital Batu Gajah tiada pakar dan hospital terdekat yang ada pakar adalah Hospital Ipoh tetapi sudah penuh. Hospital yang terdekat yang ada pakar adalah Hospital Manjung dan kerana itulah mak dipindakan ke sana. Makluman daripada pihak hospital mak ada jangkitan kuman paru-paru yang agak kritikal. 



Saya mula panik dan telefon adik mak saya Mak Yah dan anak Mak Yah sepupu saya Nor Heralia di Manjung. Merekalah yang menguruskan mak di Hospital Manjung sementara itu, abah dan nyah balik ke rumah mengemas barang untuk dibawa ke Manjung. Standby pakaian mak dan abah banyak sikit sebab mungkin mak akan tinggal lama di hospital Manjung untuk rawatan susulan.

Tapi, apakan daya...Ketentuan Allah, Mak telah pergi buat selama-lamanya. Saya hanya mampu menangis ketika mendengar khabar berita dari abang saya sewaktu perjalanan pulang. Saya tidak sempat jumpa mak saya. Abang saya berulang kali memujuk mak supaya bersabar, bertahan untuk menunggu saya dan abang sulung saya pulang. Tapi, mak berkata ' Mak dah tak tahan dah....

Abang saya Zulkifli memujuk lagi supaya mak saya bertahan dan menyatakan Kima(Panggilan saya) dah otw balik nak jumpa mak. Mak saya hanya mampu menjawab. ' Sayang dia...

Saya menangis dan meraung bila abang saya Zulkifli menceritakan keadaan dia dan kata-katanya di saat dia mahu pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Mak sudah pergi buat selama-lamanya. Saya hilang kawan sembang saya, tempat mengadu saya, tempat aduan susah senang saya. Saya sangat sedih ketika itu. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang tentukan. Tetapi, ketika itu jugalah saya mendapat panggilan dan keizinan dariNYA untuk melakukan Umrah untuk diri saya dan 'Umrah Untuk Mak'...Sayang mak sayang...Umrah Badal untuk arwah Mak....