Friday 4 September 2015

Tudung dan Dress Zawara...Cun Sangat!

Saya suka Tudung dan Dress Zawara
Sebab Selesa, Cantik Dan Simple.

Saya beli kat Butik Sungai Petani, Kedah dan juga Ipoh, Perak.

Try la beli satu, confirm nak beli lagi...
GLAMOUR KAK YONG!


Nyanyi kat kenduri kahwin wehhhhhh! Suare Ke Laut! 
TUDUNG SAFA 2 TONE


KONON COMEI LE...
TUDUNG ALANA GLITTER

POSSING LE SIKIT, HARAP2 ADA LE SUDI AMBIL JADI 'MODEL' IKLAN CHUBBY

RAYA BARU2 NI, AWOK PAKAI BALIK BAJU NI, PAKAI UNTUK KALI KEDUANYA. KAN JIMAT!

INI RANIA DRESS
ADIK IPAR MARDIANA MENGGAYAKAN SYDNEY DRESS DUSTY PINK.....DIA TENGAH MENGANDUNG MASA PAKAI BAJU NI...XXXL
YANG NI PULAK MAZUREEN... DIA PAKAI JUBAH NABEELA
OK...ITU AJE KALI NI...
SELAMAT BERSHOPPING...



Monday 11 May 2015

JOM BORONG TUDUNG BAWAL SATIN!

JOM BORONG TUDUNG!

Tudung Bawal Satin Segi Empat 

                             * 20 Helai - RM: 140.00 
* Min Order 5 Helai - RM: 60.00 
FREE Poslaju utk Semenanjung (Sabah & Sarawak RM: 10)

*Untuk pembelian secara borong 20helai, 
warna yang akan dihantar adalah secara rawak dan
jenis jahit tepi juga secara rawak.

*Untuk pembelian secara borong 5 helai, 
warna yang akan dihantar boleh dipilih. 

*Warna akan 10% berbeza dari warna asal kerana pencahayaan*


Wednesday 6 May 2015

TUDUNG BAWAL SATIN CANTIK!

 





KISAH CERMIN MATA SAYA!

Untuk panduan pemilihan bingkai dan cermin mata sila layari laman web seperti di bawah.

http://www.glam.com.my/2014/03/22/tips-memilih-kaca-mata-fesyen/
http://www.wanista.com/tips-fesyen-tips-memilih-cermin-mata-yang-sesuaian-dengan-bentuk-muka/

Kisah saya pula sangat berbeza. Pemilihan cermin mata terkini adalah bentuk bulat. Bosan dengan kaca mata yang bersegi empat dan bujur, saya mengambil keputusan untuk memilih yang BULAT!
Yang bestnya, impaknya sangat besar! 
Ada yang kata muka saya macam May May Drama Animasi Upin dan Ipin.
Dan ada juga kata macam Harry Potter!
Tapi, apa yang pasti saya puas hati dengan pemilihan cermin mata saya untuk kali yang ke-3 ini.
Ini gambar cermin mata saya yang pertama.
Ini pula gambar cermin mata saya yang kedua.
Yang pasti, ramai yang suka dengan penampilan saya yang terkini!
Pastikan anda membuat pilihan yang tepat!
Jangan ikut kata orang,ikut kata hati anda. Kalau nak puaskan hati orang lain, sampai esok pun tak habis2 pilih cermin mata.
Semoga Berjaya!


KISAH DIET ATKINS SAYA!

Kisah Diet Atkins Saya!

Orang kata lepas kahwin,lepas beranak confirm gemuk!
Tapi, saya lepas kahwin, lepas beranak memang tak gemuk. Cuma berisi saja.
Berat pun average 63kg dengan ketinggian 163cm. Masih kategori you are 'healty'. 

Tapi, tahun 2014 adalah tahun yang menyeramkan. Dulu saya kerja kat area 'PWTC'. Setiap hari naik LRT dan komuter. Orang kat Malaysia memang 1 Malaysia. Kaya dengan berbudi bahasa dan suka tolong menolong. Tahniah rakyat Malaysia. Saya bangga jadi rakyat Malaysia.

Tengoklah gambar kat bawah ni. Gemuk sangat-sangat.Masa naik train/komuter, bila saya berdiri je, semua orang suruh saya duduk. Saya kata 'Tak pelah, dah nak sampai pun.(Ayat berbohong sebab malu, saya tak mengandung pun waktu tu.) Yang bestnya, dipaksa saya duduk dan banyak kali saya kata tidak perlu. Sampai dipaksa duduklah. Maka, Kerana Terpaksa Aku Relakan!...Malu sangat-sangat. 

Disebabkan itu, bermacam-macam cara saya buat. Pergi Maidin, beli teh kurus la, losen sapu kat perut la. Ada satu ubat tu saya makan 2 kali saja terus saya buang sebab kerongkong saya panas sangat-sangat. Mungkin tak tahan kot!...Walaupun saya beli tu semua, tapi tak menjadi jugak. Mana idaknya, semua benda saya 'bedal'.

Akhirnya tahun 2015, pada bulan Februari saya telah berazam untuk kurus. Bukan nak kurus sangat pun. Cuma nak macam dulu balik. Banyak jenis supplement dan ubat kurus yang saya 'study'. Ada yang murah, takut pulak...kang jadi lain. Yang mahal tak mampu le pulak.

Jeng-jeng-jeng...Kakak Ipar saya telah mensarankan saya buat DIET ATKINS, sebab dia dah buat dan ternyata terbukti dan berkesan. Saya dengan tekadnya, 'start' la diet ini.

Alhamdullillah, Menjadi/Berkesan/PUAS HATI.

2bulan turun 9kg ( dari 80kg jadi 71kg ) (23/2/2015 to 23/4/2015).
Saya masih lagi teruskan Diet Atkins. Target saya untuk buat DIET ATKINS ini hanya 6 bulan sahaja. Insyaallah...

So, apa lagi...siapa nak kurus...boleh cubalah....
MENTAL KENA KUAT!


GAMBAR GEMUK TENGAH BEKERJA.