Monday, 16 May 2016

Hari Yang Ditunggu Telah Tiba...

Alhamdullillah...

Hari yang ditunggu telah tiba. Ya Allah, masa ini hanya Allah sahaja yang faham perasaan saya.
Hari terakhir pun saya masih mengemas beg. Punyalah panik, entahlah...Waktu ini hati ini tak tahu macam mana nak digambarkan.

Tapi, saya tetap 'COOL'...

Dalam perjalanan dari rumah abang saya ke Proton Edar Shah Alam, sempat jugaklah berposing dalam kereta.

Alhamdullillah, ini semua rezeki dari Allah. Terima kasih kak Azmila Ahmad kerana menghadiahkan saya tudung ini. Cantik sangat-sangat. Selesa dan Mudah Solat. Itu yang penting. Pandai Kak Azmila carikan tudung untuk saya. Jenama By Sarah Ahmad. (Promote Sikit!)


 Bawah ini gambar masa tengah kursus umrah terakhir sebelum naik bas ke KLIA2. Masa ini baru lepas nangis rasanya sebab saya teringatkan arwah mak. Pantang je ada yang menegur dan semua bertanya mana bonda saya, saya mesti menangis...


























Sementara saya berkursus umrah terakhir di Proton Edar Shah Alam, anak-anak saya menunggu di rumah abang saya di Kota Damansara.




Suami saya 'Wassup' gambar-gambar mereka berdua di rumah. Rindu sudah mula menebal walaupun belum naik kapal terbang. Memang sayang sangat-sangat.

Bawah ini gambar saya dan abah sebelum naik bas ke KLIA2. 


Sampai sahaja di KLIA2 lagilah goyang kaki ini. Bertanya diri sendiri, mimpi ke betul ni? AllahuAkhbar!

Sementara menunggu VISA dan check in beg semua, kami sekeluarga makan dulu. Masa ini, anak-anak masih tidak menangis lagi. Mereka ingat saya bawa mereka berjalan-jalan di KLIA2. 

Padahal, saya akan pergi jauh dari mereka. Meninggalkan mereka bersama abah mereka, beribu-ribu jauh km dan tidak pasti akan kembali atau tidak. Ya, semuanya kerana Allah, untuk arwah bonda, diri dan ahli keluarga.

Akhirnya, Alhamdullillah...VISA dan 'boarding pas' sudah berada di tangan saya.


Ini gambar lepas menangis masa tangkap gambar buat VISA. Tanpa makeup. Baru saya sedari, saya sudah tua...





Selesai taklimat pendek dan penyerahan VISA, kami bergambar sekeluarga. Itulah keluarga kecil saya. Kakak ipar saya yang nombor dua dan anak-anaknya tidak dapat hadir. Tetapi, tetap bertanyakan khabar melalui 'Wassup' sepanjang hari. Terima kasih Nyah Izan...

Ini, siapa lagi...My Lovely Husband. Mazlisham...Terima kasih abang, terima kasih izinkan saya pergi...Terima kasih abang...

 Habis bergambar, nak masuk check in je terus Afeef mula menangis. Masa ini, Allah sahaja yang faham perasaan saya. Tapi, hati ini kuat untuk saya teruskan perjalanan ini. Maisarah cuma pandai 'Babai Ibu'. Dia masih kecil dan tidak mengerti...Melambai sehingga kelibat mereka perlahan-lahan jauh dan hilang dari pandangan mata saya.

Maka bermulalah... Episod baru di dalam kehidupan saya.













No comments:

Post a Comment