Monday, 16 May 2016

Hari Yang Ditunggu Telah Tiba...

Alhamdullillah...

Hari yang ditunggu telah tiba. Ya Allah, masa ini hanya Allah sahaja yang faham perasaan saya.
Hari terakhir pun saya masih mengemas beg. Punyalah panik, entahlah...Waktu ini hati ini tak tahu macam mana nak digambarkan.

Tapi, saya tetap 'COOL'...

Dalam perjalanan dari rumah abang saya ke Proton Edar Shah Alam, sempat jugaklah berposing dalam kereta.

Alhamdullillah, ini semua rezeki dari Allah. Terima kasih kak Azmila Ahmad kerana menghadiahkan saya tudung ini. Cantik sangat-sangat. Selesa dan Mudah Solat. Itu yang penting. Pandai Kak Azmila carikan tudung untuk saya. Jenama By Sarah Ahmad. (Promote Sikit!)


 Bawah ini gambar masa tengah kursus umrah terakhir sebelum naik bas ke KLIA2. Masa ini baru lepas nangis rasanya sebab saya teringatkan arwah mak. Pantang je ada yang menegur dan semua bertanya mana bonda saya, saya mesti menangis...


























Sementara saya berkursus umrah terakhir di Proton Edar Shah Alam, anak-anak saya menunggu di rumah abang saya di Kota Damansara.




Suami saya 'Wassup' gambar-gambar mereka berdua di rumah. Rindu sudah mula menebal walaupun belum naik kapal terbang. Memang sayang sangat-sangat.

Bawah ini gambar saya dan abah sebelum naik bas ke KLIA2. 


Sampai sahaja di KLIA2 lagilah goyang kaki ini. Bertanya diri sendiri, mimpi ke betul ni? AllahuAkhbar!

Sementara menunggu VISA dan check in beg semua, kami sekeluarga makan dulu. Masa ini, anak-anak masih tidak menangis lagi. Mereka ingat saya bawa mereka berjalan-jalan di KLIA2. 

Padahal, saya akan pergi jauh dari mereka. Meninggalkan mereka bersama abah mereka, beribu-ribu jauh km dan tidak pasti akan kembali atau tidak. Ya, semuanya kerana Allah, untuk arwah bonda, diri dan ahli keluarga.

Akhirnya, Alhamdullillah...VISA dan 'boarding pas' sudah berada di tangan saya.


Ini gambar lepas menangis masa tangkap gambar buat VISA. Tanpa makeup. Baru saya sedari, saya sudah tua...





Selesai taklimat pendek dan penyerahan VISA, kami bergambar sekeluarga. Itulah keluarga kecil saya. Kakak ipar saya yang nombor dua dan anak-anaknya tidak dapat hadir. Tetapi, tetap bertanyakan khabar melalui 'Wassup' sepanjang hari. Terima kasih Nyah Izan...

Ini, siapa lagi...My Lovely Husband. Mazlisham...Terima kasih abang, terima kasih izinkan saya pergi...Terima kasih abang...

 Habis bergambar, nak masuk check in je terus Afeef mula menangis. Masa ini, Allah sahaja yang faham perasaan saya. Tapi, hati ini kuat untuk saya teruskan perjalanan ini. Maisarah cuma pandai 'Babai Ibu'. Dia masih kecil dan tidak mengerti...Melambai sehingga kelibat mereka perlahan-lahan jauh dan hilang dari pandangan mata saya.

Maka bermulalah... Episod baru di dalam kehidupan saya.













Rezeki yang tidak disangka-sangka...

Assalammualaikum semua...

Rindu pada arwah mak saya. Rindu sangat-sangat. 

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA. 
Setiap kali selepas solat, salah satu doa yang dipohon kepadaNya adalah saya mengharapkan keajaiban berlaku. Inilah antara keajaibanNya dan rezeki yang tidak disangka-sangka.


Selepas mak meninggal dunia, saya mula terfikir siapakah yang akan menemani abah untuk mengerjakan umrah? Abah saya pada mulanya tidak mahu pergi, seolah berputus asa kerana insan yang dicintai telah pergi dan tidak akan kembali lagi.

Abang sulung saya, Alias telah memaklumkan kematian ibu saya pada pihak yang menguruskan umrah tersebut. Keputusannya, perlu ada pengganti. Semua pembayaran telah dibuat oleh abang saya, cuma perlu ada pengganti. Apabila diajukan soalan kepada saya untuk pergi mengerjakan umrah bersama abah, saya agak terkejut dan tidak pernah terlintas difikiran untuk diajukan soalan sedemikan rupa. Jawapan saya sudah pasti Ya, tetapi perlu mendapatkan persetujuan daripada suami saya. 

Alhamdullillah, suami membenarkan saya pergi menunaikan umrah. Bagaikan mimpi di siang hari kerana saya akan menjejakkan kaki di bumi dan tempat yang paling suci. Allahuakhbar! 

Dan...abah kembali bersemangat kerana saya yang akan menemaninya di sana nanti. 

Langkah Pertama : Saya Minta Cuti dari Majikan. Alhamdullillah, cuti diluluskan serta merta.
Langkah Kedua : Buat passport, RM100.00
Langkah Ketiga : Suntikan ACYW, RM 165.00
Langkah Keempat : 4 keping gambar Ukuran passport, RM10.00
Langkah Kelima : Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran.
Langkah Keenam : Kursus Umrah

Rezeki dari Allah dan terima kasih pada yang memberi. Bermula dari  Langkah Kedua hingga Langkah Keempat, semuanya adalah hasil sumbangan daripada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat. Alhamdullillah, semuanya telah disiapkan dalam masa 1/2 hari. 


Kesemua ini adalah wajib dan perlu dihantar kepada pihak yang menguruskan umrah. Pakej umrah ini adalah Andalusia Travel & Tours dan dikendalikan oleh Kelab Sukan Proton Edar Sdn Bhd. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zamri Bin Mohammad dan Ustaz Mohd Faizal dari Kelab Sukan Proton Edar kerana membantu menguruskan permohonan umrah saya ini.

Tinggal lagi 14 hari untuk menguruskan VISA saya dan saya sangat-sangat takut jika VISA saya tidak diluluskan. Bermacam-macam yang saya fikir, bagaiman keadaan abah jika dia keseorangan di sana? Siapa yang hendak membantu abah sepanjang umrah? AllahuAkhbar, luluskan lah passport ku Ya Allah...

Kursus Umrah

Abah tiba awal kerana hendak menghadiri kursus umrah yang terakhir sebelum berangkat pergi menunaikan umrah. Sayu hati bila tengok gambar abah. Datang ke Kuala Lumpur seorang diri. Selalunya berteman, tetapi kali ini datang keseorangan. Abah datang naik ETS. Cepat dan mudah, hanya 2 jam sahaja sudah sampai. Turunnya di Rawang. Gambar sebelah tu, abang saya yang kedua, Zulkifli namanya. Tiba-tiba, saya bercakap seorang diri. Alhamdullillah...nama yang mak dan abah berikan kepada saya dan abang-abang saya adalah nama-nama yang indah. Abang sulung namanya Alias, Abang kedua Zulkifli dan saya Mariam. Lepas tu saya berfikir kembali, Nama Abah Khalid dan nama mak Aishah. Allahuakhbar! Indahnya datang dari Allah...




Semasa arwah mak datang berkursus umrah bersama abah, saya, suami dan anak-anak yang menemaninya. Sambil menyelam minum air, saya dapat ilmu. Tapi, kali ini kursus umrah saya pergi bersama abah saya. Suami dan anak-anak penguat semangat saya. Sepanjang kursus, ramai yang bertanya, perginya bila? dengan siapa? mana maknya? Soalan berulang kali dan setiap kali jawapannya pasti sekali dengan deraian air mata. Salam takziah dan hadiahkan Al-Fatihah untuk mak selalu, pesan makcik-makcik yang sedang berkursus.


Cuba teka, siapa gambar di atas ini bersama anak-anak saya? Inilah Dato' Ustaz Haji Md Daud Che Ngah. Memang terbaik kursus umrah. Jelas! Sebarang kemusykilan boleh diajukan terus. 

Hari semakin dekat dan saya semakin berdebar. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya bertanyakan kepada Ustaz Zamri berkenaan VISA saya sama ada telah diluluskan atau tidak? Saya risaukan abah saya jika dia pergi seorang diri. Kakinya sakit dan tidak kuat untuk berjalan jauh.

Siapa yang hendak membantunya untuk membuat umrah untuk tawaf mengelilingi Kaabah dan Saie?
Siapa yang hendak menemaninya ke Masjid?
Siapa yang hendak menguruskan pakaiannya di sana nanti?
Siapa yang hendak basuh baju, seluar?
Siapa yang hendak membantunya mengangkat beg yang besar?
Siapa yang akan susun beg pakaian di sana nanti?
Siapa yang akan membantu menguruskan makan minumnya nanti?
Ya Allah, bantulah aku. Luluskan lah VISA aku.

Hanya Allah saja yang tahu apa yang saya fikirkan, apa yang saya risaukan. Permudahkanlah segalanya Ya Allah...